Pondok Hidayatullah telah membangunkan surau bagi kemudahan kepada penuntut-penuntutnya. Tujuan surau Pondok
Hidayatullah dan diggarankan sebanyak RM 400,000.00.
Pondok Hidayatullah juga akan mendirikan dewan dan pejabat tadbir untuk menjalankan sebarang aktiviti pondok dan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran pondok. Pembinaan dewan dan pejabat tadbir tersebut mempunyai anggaran sebanyak
RM 350,000.00.
Selain mendirikan surau, dewan dan pejabat tadbir, Pondok Hidayatullah juga bercadang untuk mendirikan asrama tiga tingkat untuk penginapan sepanjang penuntut berada di sana bagi mendalami ilmu-ilmu islamiah dalam keadaan yang lebih selesa. Di samping itu, Pondok Hidayatullah juga membuka penjualan pondok Semi-D bagi warga-warga emas yang berminat untuk menghayati dan mendalami pembelajaran ilmu agama dengan lebih dekat. Harga seunit pondok yang ditawarkan adalah RM 25,000.00 sahaja.
Sistem Pendidikan
PONDOK HIDAYATULLAH
Syarat
Pelajar
Pelajar tidak dihadkan usianya, serta boleh menguruskan diri, terdiri
dari warga emas, mualaf, anak yatim, generasi muda dan belia yang boleh
mengikuti pembelajaran dan pengajaran serta mengikut undang-undang yang sedia
ada. mualaf dan anak yatim yang miskin diberi biasiswa dari Persatuan.
Kategori Pelajar
Pelajar terdiri dari kategori:
1. Pelajar-pelajar yang menetap di Pondok.
2. Pelajar-pelajar yang berulang alik.
3. Pelajar-pelajar yang belajar di musim cuti
sekolah dan semester.
4. Pelajar-pelajar berkala (menyertai kem,
kursus).
Sistem Pengajian
Sistem pengajian kami terbahagi kepada dua kategori:
1. Program
Pengajian Umum.
a. Program Tahsin Al Quran - Semua pelajar akan melalui program
Tahsin Al Quran, tumpuan diberikan kepada pembacaan Al Quran mengikut tajwid
dan sebutan makhraj huruf yang betul.
b. Program Tafqih Al Quran - Mengetahui makna-makna ayat
Al Quran yang
diterjemahkan dan tafsirannya, sebab turunnya ayat dan ilmu berkaitan dengan Al
Quran.
c. Program Fardhu Ain - Terdiri dari Subjek-subjek Teras seperti
Tauhid, Feqah dan Tasauf.
2. Program
Takhasus
Program ini ialah
khusus untuk pelajar yang berkemampuan untuk menyambung pengajian keperingkat
tertinggi.
a. Program Pondok
Program ini ialah
berdasarkan kepada Sistem Pondok iaitu pembelajaran kitab-kitab didalam Bahasa
Arab secara talaqi dan moden terdiri dari Nahu, Saraf, tauhid,feqah, tasauf,
tafsir, hadis, usul feqah,mustalah Hadis dan lain-lain.
b. Program Tahfiz Al Quran
Program ini ialah
untuk pelajar-pelajar yang terpilih dan berkemampuan menghafal 30 juzuk Al
Quran.
c. Program Akademik
1- Program tuisyen
subjek-subjek teras akademik seperti Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,
Bahasa Arab sebagai persediaan untuk mengambil SPM.
2- Program
pemulihan bagi pelajar yang lemah dalam membaca, menulis dan mengira.




Guru & Pelajar
Jumlah tenaga pengajar pondok ialah seramai tujuh orang yang
takhasus dibidang ilmu-ilmu Syariah dan Tahfiz Al Quran. Tenaga
sokongan guru akademik dari luar.
dewasa (warga emas) dan pelajar pondok dan tahfiz, terbahagi
kepada
2 kelas seperti berikut;
1. Kelas Umumi (dewasa) = 100
orang lelaki dan perempuan
2. Kelas Takhasusiah =
120 pelajar lelaki dan perempuan


Usaha-usaha
PONDOK HIDAYATULLAH
v
Menyeru
dan berusaha menyediakan prasarana pendidikan dan
pembelajaran
ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat Islam secara
takhasusiah dan
umumiah.
v
Berusaha
menyediakan penempatan, kemudahan pembelajaran
dan ibadah kepada
warga emas.
v
Berusaha
mengumpul dana untuk memberi biasiswa kepada
golongan fakir
miskin dikalangan warga emas, anak-anak yatim
dan lain-lain,
supaya mereka tiidak ketinggalan di bidang agama.
v
Berusaha
untuk mendidik pelajar-pelajar didalam bidang Agama ,
Al Quran, Fardhu
Ain sehingga mereka dapat berkhidmat sebagai
tenaga pengajar
dan memenuhi keperluan sebagai pegawai syarii
di tempat-tempat
tinggal mereka.
PERANCANGAN
PEMBINAAN
1. Surau seluas 60’ x 80‘
Ruangan Solat
Perpustakaan
Ruangan Solat Utama
Kawasan Mihrab
Bilik Sistem PA
Jumlah : RM 500,000.00
2. Asrama Pelajar
Lelaki dan Warga Emas Lelaki
2(Dua) tingkat seluas 50’ x 70’
Jumlah : RM 350,000.00
3. Asrama Pelajar
Perempuan dan Warga Emas
2(Dua) tingkat seluas 50’ x 70’
Jumlah : RM 350,000.00
4. 6 unit rumah teres tenaga pengajar Pondok (seluas 25’ x 45’ seunit)
RM 150,000.00 seunit
Jumlah : RM 900,000.00
5. Bilik air &
tandas pelajar.
Jumlah : RM 75,000.00
6. Bilik air &
tandas awam
Jumlah : RM 50,000.00
7. Dewan Kuliah
dan Pejabat Tadbir (seluas 50’
x 70’ )
Jumlah : RM 350,000.00
8. Kantin Pelajar
seluas 20‘x40’
Jumlah : RM 180,000.00
9. Kerja-kerja
Penambakan Tanah
Anggaran tanah yang diperlukan untuk keluasan 4.5 ekar : 2000
Lori
Jumlah : 2000 Lori (Anggaran) x RM 160 = RM
320,000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 3,075,000.00
